1Malaysia

 

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BELIA

FELDA dan Yayasan Felda dengan kerjasama Felda Prodata Systems Sdn. Bhd. menawarkan peluang kepada pelajar lepasan sekolah dan belia untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Belia yang akan dijalankan di Pusat-pusat Bertauliah PRODATA. Program latihan ini ditaja sepenuhnya oleh FELDA dan Yayasan Felda. Kemudahan penginapan, sajian dan aktiviti ko-kurikulum turut disediakan.

Galeri Kursus
  Lihat Galeri Kursus
 

" Our progress as a nation can be no swifter than our progress in education.
The human mind is our fundamental resource."
- John F. Kennedy
-


PUSAT BERTAULIAH PRODATA

1. Pusat Latihan Felda Chini, Felda Chini 4, Pekan, Pahang (khas untuk warga Felda).
2. Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak, Perak.
3. Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya, Selangor.


OBJEKTIF


1. Melengkapkan para pelajar dengan latihan kemahiran.
2. Meningkatkan kemahiran pekerja industri bagi menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara.


KURSUS YANG DITAWARKAN

Bil
Bidang Kursus
Kod
Tempoh Kursus
  Teknologi Maklumat : Sistem Komputer
1
 Operasi Sistem Komputer (Tahap 3)
IT-020-3:2013
12 bulan
2
 Pentadbiran Sistem Komputer (Tahap 4)
 * Syarat Kelayakan : Calon mesti mempunyai Sijil Tahap 3
IT-020-4:2013
15 bulan
  Teknologi Maklumat : Mulimedia
3
 Artis Multimedia - Animator (Tahap 2)
IT-040-2
6 bulan


KELAYAKAN

  • Anak / Cucu Peneroka / Anak Kakitangan Felda / Bukan Warga Felda
  • Berumur 17 tahun hingga 25 tahun
  • Lepasan SPM
  • Belum berkahwin
  • Tidak mempunyai pekerjaan


MAKLUMAT KURSUS

Teknologi Maklumat - Komputer

  • Peluang kerjaya dalam bidang sistem komputer
  • Penyelenggaraan, instalasi dan PC troubleshooting
  • Rangkaian komputer
  • Kemahiran penyeliaan
  • Menghasilkan portfolio yang berkualiti mengikut keperluan industri

Teknologi Maklumat - Multimedia

  • Menghasilkan animasi dalam bentuk 2D dan 3D
  • Menggabungkan elemen - elemen Multimedia Audio, Video, Animasi, Teks dan Grafik.
  • Perisian yang dipelajari mengikut keperluan industri
  • Menghasilkan portfolio yang berkualiti

PROSPEK KERJAYA

  • Peluang kerjaya yang lebih cerah dalam bidang industri berkaitan.
  • Berpeluang melanjutkan kemahiran hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
  Tahap 3 - Peringkat Sijil
  Tahap 4 - Diploma Kemahiran Malaysia
  Tahap 5 - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Knowledge Development Unit | Tel : 03-2687 9000 | Fax : 03-2694 5630 | Email : training.fpssb@feldaglobal.com